SISTEM PENYEJUKAN ENJIN



1. Pengenalan
 - Sistem penyejukan digunakan pada setiap kenderaan bertujuan untuk mengawal suhu kendalian enjin.
 - Sistem ini akan meyalur keluar lebihan haba yang tidak diperlukan oleh enjin.
 - Sekiranya suhu enjin melampaui takat normal kesannya ialah :

    • Kelikatan minyak pelincir kurang.
    • Wap campuran udara-bahan api yang memasuki kebuk pembakaran menjadi kurang mampat.
    • Komponen enjin mengembang, geseran bertambah dan mengakibatkan kerosakan.

2. Jenis Sistem Penyejukan

      - Sistem penyejukan udara.
Sistem Penyejukan Udara
      - Sistem penyejukan cecair.
Sistem penyejukan cecair
3. Sistem Penyejukan Udara
  • Menggunakan udara sebagai medium penyejukan.
  • Digunakan pada motorsikal dan mesin-mesin kecil.
  • Enjin yang meggunakan sistem penyejukan udara dilengkapi dengan sirip-sirip penyejuk untuk menambah luas permukaan yang bersentuhan dengan udara.
  • Sirip logam pada permukaan enjin direka bentuk lebih tirus pada bahagian luar.
  • Kelemahan bagi sistem penyejukan udara iala tidak mampu memberikan pemindahan haba yang seragam.
  • Untuk mengatasi masalah ini, kipas digunakan untuk menolak aliran udara supaya melalui seluruh permukaan enjin.
    4.  Sistem Penyejukan Cecair
    • Bahan berasaskan cecair digunakan sebagai medium penyejukan.
    • Bahan penyejuk akan disalirkan ke seluruh bahagian enjin untuk menyerap haba kemudian membebaskan haba apabila melalui penyinar.
    • Kadar pengaliran bahan penyejuk dikawal oleh pam air dan termostat bagi memastikan haba yang tidak diperlukan sahaja yang disalurkan keluar.
    • Komponen dalam sistem penyejukan cecair adalah laket air(water jacket), pam air, kipas enjin, radiator, tangki takungan, tukup tekanan radiator, termostat dan bahan penyejuk.



    Sumber : anon-qber.com dan flickr.com

    No comments:

    Post a Comment

    CLICK HERE