ALAT MENGAPIT DAN MENYANGGA



1. Pengenalan
- Ketika proses kerja pemasangan, alatan khas hendaklah digunakan untuk mengapit dan menyangga benda kerja.
- Peralatan ini direka khas untuk jenis pemasangan yang tertentu.
- Antara peralatannya ialah ragum meja, apit G, apit F, apit F dan lain-lain.


2. Ragum Meja
- Ragum meja terdapat pada meja kerja kayu dan logam.
- Ragum meja dilapik dengan kayu pada rahangnya.
- Ragum meja logam pula dilapik dengan logam lembut untuk menjaga permukaan kerja.
- Kegunaan utama ragum meja ialah untuk memegang benda kerja semasa ianya dikerjakan.



Ragum Besi
Ragum Kayu

3. Apit G dan apit F.
- Pemidang apit G dan apit F diperbuat daripada bahan keluli.
- Saiz apit G dan apit F ditentukan oleh jarak bukaan maksimum antara bahagian rahang.
- Kegunaan apit G dan apit F adalah untuk memegang kayu ketika proses mengglukan dua kepingan
   kayu dan memegang kayu yang hendak digerudi, dipahat atau digergaji.
- Apit G digunakan digunakan bersama-sama kayu kecil atau reja untuk melindungi permukaan benda kerja.

Apit F
Apit G


4. Apit Panjang.
- Diperbuat daripada besi tuangan atau aluminium dengan panjang 0.6 meter, 1.2 meter,
  1.5 meter dan 1.8 meter.
- Ia digunakan untuk proses pemasangan tanggam, pemidang pintu, tingkap, 
  perabut, papan yang hendak dicantum atau diglukan.
Apit Panjang
5. Apit Rencong
- Diperbuat daripada aluminium atau besi tuangan.
- Fungsinya ialah untuk menetapkan kedua-dua bahagian kayu yang bertanggan 
  rencong apabila hendak diglu atau dipakukan dalam pemasangan kerangka gambar.
Apit rencong
6. Kakak Tua
- Digunakan untuk mengeluarkan paku, memotong dawai dan sebagainya.
- Biasanya bersaiz antara 125mm hingga 300mm.
- Kakak tua terdiri daripada lengan, rivet, rahang dan kuku.

Kakaktua

No comments:

Post a Comment

CLICK HERE