CARA MENSERVIS SISTEM PENYEJUKAN


1. Pengenalan

  • Setiap sistem dalam kenderaan perlulah di periksa dan diservis mengikut waktu.
  • Memeriksa dan menservis sistem pada kenderaan dapat mengelakan kenderaan rosak pada waktu yang tidak dijangka.
  • Pemeriksaan secara berjadual juga dapat menggurangkan kos servis dan memanjangkan hayat kenderaan.
2. Langkah-langkah untuk menservis

  • Periksa penutup radiator. Selepas itu, buka penutup radiator bagi mempercepatkan aliran air keluar dari bawah salur radiator.



Penutup radiator dibuka
  • Untuk membuang air dalam radiator, buka dahulu skru aliran air. Gunakan spanar bersaiz 13 untuk melonggarkan skru tersebut. 
  • Kemudian, buka skru menggunakan tangan. Pastikan bekas tadahan air diletakkan terlebih dahulu.

 
  • Biarkan air mengalir sehingga ia kering sepenuhnya. Pembuangan air ini bertujuan untuk menggantikan air yang telah lama yang akan menyebabkan radiator berkarat.

  • Selepas air dalam radiator sudah kering, buka skru radiator dengan menggunakan spanar saiz 14.

 
  • Longgarkan skru pada hos atas dan gos bawah pada radiator. Kemudian tanggalkan hos daripada radiator.
Skru dibahagian atas
  • Periksa sekeliling bahagian radiator. Pastikan tiada kerosakan atau kebocoran pada mana-mana bahagian radiator.

  
  • Masukkan air paip ke dalam radiator untuk mencuci bahagian dalam radiator. Masukkan air dengan tekanan yang tinggi supaya bendasing dapat disingkirkan.

Air dimasukan untuk mencuci bahagian dalam
  • Setelah selesai mencuci, pasangkan semula radiator ke bahagian asal. Pasangkan juga hos yang telah dibuka tadi.
 
  • Masukan air bersih serta coolen dan anti-karat ke dalam radiator. Tutup bahagian atas radiator dan pastikan ia kedap.
 




COOLING SYSTEM VIDEO




Sumber : youtube.com dan scribd.com

No comments:

Post a Comment

CLICK HERE