APA ITU ELEKTRIK?


Maksud Elektrik

-Elektrik adalah tenaga.
-Elektrik ialah pergerakan elektron dalam pengalir.
-Elektrik boleh didapati dalam dua bentuk arus iaitu arus terus dan arus ulang alik.
-Elektrik yang dibekalkan kerumah-rumah adalah sebanyak 220-240V dalam bentuk arus
 ulang alik(AC/AU).
-Di Malaysia elektrik dibekalkan oleh Tenaga Nasional Berhad.


Sumber Elektrik

-Terdapat pelbagai sumber yang dapat digunakan untuk menghasilkan tenaga elektrik.
-Sumber tenaga elektrik : cahaya, haba, magnet, geseran dan tindak balas kimia.
-3 kaedah terpenting penghasilan tenaga elektrik :

  • Tindakan keelektromagnetan.
  • Tindakan sel suria.
  • Tindak balas kimia.
Contoh Kediaman Yang Menggunakn Tenaga Solar

Sel Kering
-Voltan yang dihasilkan oleh sel kering adalah sebanyak 1.5 volt.
-Dua sel kering yang disambungkan secara sesiri akan menghasilkan 3.0 volt.
-Tidak boleh dicas semula.
-Arus elektrik yang dihasilkan oleh sel kering ialah arus terus (AT/DC)
-Sel kering digunakan pada alat elektrik mudah alih berkuasa rendah seperti lampu picit, jam
 lonceng dan alat permainan.




Sel Basah 
-Tenaga yang dihasilkan oleh sel basah lebih tinggi daripada sel kering iaitu 6.0 volt, 12 volt dan 24 volt.
-Sel basah boleh dicas semula dengan alat pengecas bateri.
-Digunakan didalam kenderaan seperti motosikal, kereta, lori dan bas.

Dinamo
-Dinamo dikendalikan atas prinsip aruhan magnet.
-Dinamo terdiri daripada 3 bahagian utama:
Magnet kekal
Teras besi
Gegelung wayar
A = Pemutar
B = Magnet kekal
C = Teras Besi
D = Gegelung Dawai
E = Punca Elektrik

Video Sistem Tenaga Solar



Sumber : youtube.com dan norlizajais.blogspot

8 comments:

CLICK HERE