MEMBINA SUDUT

JENIS-JENIS SUDUT
         i. Sudut tirus  -membina sudut kurang daripada 90°.
        ii. Sudut tepat    -magnitud sudut bersamaan dengan 90°.
        iii. Sudut cakah  -magnitud sudut lebih 90°, tetapi kurang daripada 180°.
        iv. Sudut pelengkap  -dua sudut yang jumlahnya 90°.
        v. Sudut penggenap -dua sudut yang jumlahnya 180°.
       vi. Sudut refleks  -magnitud sudut lebih daripada 180°, tetapi kurang 390°.


MEMBAHAGI DUA SUDUT
Langkah-langkah :
    i. Satu sudut ABC dilukis.
   ii. Dari B, satu lengkuk dibina yang memotong AB dan BC di P dan Q.
  iii. Dari P, dengan jejari yang sama, satu lengkuk dibina.
  iv. Dengan jejari yang sama juga, bina satu lengkuk yang berpusat di Q.
   v. Akhirnya satu garis dari titik B dibina kepada titik persilangan lengkuk di R
      seperti Rajah 1.


Rajah 1
Membina sudut 60 °.
Langkah-langkahnya :

    i. Satu garis AB dilukis.
   ii. Dari titik A, satu lengkuk dibina yang memotong AB di P.
  iii. Dari titik P, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang memotong
      lengkuk dari A di C.
  iv. Selepas itu, titik A dan C disambung.
   v. Sudut CAB adalah sudut 60° seperti dalam Rajah 2.

Rajah 2
Membina sudut 90°.
Langkah-langkahnya :
   i. Satu garis AB dilukis.
  ii. Dari titik A,satu lengkuk dibina yang memotong AB di P.
 iii. Dari titik P, dengan jejari yang sama, satu lengkok dibina yang memotong
     lengkuk dari A di Q.
 iv. Dari Q dengan jejari yang sama, satu lengkuk dibina yang mana akan
     memotong lengkuk dari A di R.
 v. Selepas itu, titik QAR dibahagikan kepada dua bahagian.
vi. Akhirnya satu garis dibina dari titik A ke titik persilangan pambahagian R dan Q di S.
vii. Sudut SAB adalah sudut 90° seperti Rajah 3.

Rajah 3

No comments:

Post a Comment

CLICK HERE