ALATAN TANGAN DALAM KERJA KAYU


  1. Pengenalan
  • Pada amnya alatan tangan dalam kerja kayu dapat dibahagikan kepada :
    • Alat menanda dan merancang tanda.
    • Alat mengapit dan menyangga.
    • Alat memotong.
    • Alat memukul dan memutar.
    • Alat menajam.
     2.  Alat menanda dan merancang tanda.
  • Pembaris keluli.
    • Diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi yang tahan karat dan keras.
    • Ditanda dengan ukuran sentimeter(cm) dan milimeter(mm).
    • Bersaiz 300mm dan 1000mm.
    • Digunakan untuk mengukur, memindahkan garisan dan membina garisan lurus.
    • Juga digunakan untuk menguji kerataan permukaan.


  • Sesiku L
    • Bahagian mata sesiku L diperbuat daripada keluli yang tahan.
    • Bahagian badannya diperbuat daripada kayu.
    • Biasanya bersaiz 20cm.
    • Pada mata ditandai dengan ukuran sentimeter dan inci.
    • Digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat dan kerataan permukaan kayu.

  • Pita Pengukur
    • Diperbuat daripada plastik dan keluli.
    • Panjang pita bisanya 2.0 meter hingga 8.0 meter.
    • Digunakan untuk mengukur jarak yang pendek atau panjang.

  • Pisau Penanda
    • Merupakan sejenis pisau kecil yang diperbuat daripada keluli khas.
    • Digunakan untuk menandakan garisan yang akan dipotong dengan gergaji atau pahat.

  • Pensil Tukang
    • Mata dan badan pensil ini lebar dan besar.
    • Permukaannya berbentuk segiempat tepat.
    • Pensil ini khas untuk kerja kasar sahaja.


Pensil Tukang
  • Pembaris Lipat
    • Diperbuat daripada kayu yang keras dan boleh dilipat.
    • Hujung pembaris diperbuat daripada loyang.
    • Terdapat pelbagai saiz.
    • Berfungsi sebagai alat pengukur atau memindahkan ukuran.


  • Aras Spirit
    • Alat untuk menentukan aras dan kepugakkan.
    • Ia diperbuat daripada logam atau kayu yang lurus dan rata pada kedua-dua mukanya.
    • Pada bahagian tengah serta hujungnya dipasangkan tabung spriit atau air untuk mendapatkan aras.
    • Panjang aras spirit biasanya diantara 200 milimeter hingga 1.5 meter.

    • Sesiku Serong Boleh Laras.
      • Bentuknya serupa dengan sesiku L melainkan matanya tidak dipasang tetap.
      • Digunakan untuk menguji dan menandakan sesuatu garisan yang sudutnya lain daripada 45° dan 90°.
    Sesiku Serong Boleh Laras
    Sumber daripada scribd.com dan google.com

    No comments:

    Post a Comment

    CLICK HERE