TERNAKAN BURUNG PUYUH PEDAGING

 
1. Pengenalan
    - Puyuh merupakan sejenis burung
    - Sifatnya sama dengan ayam tetapi saiznya kecil dan tidak boleh terbang.
    - Pemeliharaan tidak memerlukan kawasan yang luas. Biasanya 50 puyuh 
      dewasa/ 1m persegi.
    - Puyuh lebih tahan penyakit berbanding ayam.
    - Najis kurang berbau dan boleh dibuat baja.
    - Tidak memerlukan modal yang banyak.
    - Kejayaan menternak puyuh bergantung kepada sistem perumahan yang sesuai dan 
      sistem pengurusan yang cekap.


2. Baka-baka puyuh
    Antara baka puyuh yang banyak terdapat di pasaran ialah kacukan tempatan : 
     - Contrunix Japonica. 
     - Japanese Taiwan.
     - Super Quail.
     - Puyuh Putih.
     - French Quail.

3. Faktor pemilihan tapak reban.
     - Kawasan reban hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang ternakan
       yang lain.
     - Kawasan hendaklah bebas dari banjir.
     - Mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang
       dan sebaliknya.
     - Kawasan mempunyai peredaran udara yang baik.

4. Ciri-ciri umum reban
     - Anggaran saiz ruang untuk seekor burung puyuh dewasa ialah 210cm².
     - Saiz bangsal untuk memuatkan 10,000 ekor puyuh adalah 10m lebar x 21m panjang 
       dan 3.6m tinggi dengan luas kawasan pemeliharaan 210cm²/ekor.
     - Jarak antara 2 bangsal adalah sekurang-kurangnya 15m. Kawasan penternakan
       dipagar untuk mengelakan danguan dari luar.
     - Pengusaha digalakan menjalankan aktiviti sembelihan dan menjual puyuh
       secara bersih proses.
     - Dengan cara ini, pengusaha perlu menyediakan loji pemprosesan sendiri. 
       Berjauhan dari kawasan penternakan.
     - Bilik sejuk atau peti sejuk perlu disediakan untuk menyimpan stok puyuh proses.

No comments:

Post a Comment

CLICK HERE