LUKISAN KEJURUTERAAN

Pembinaan Garisan

1. Membina garisan serenjang dari satu titik yang terletak di luar garisan lurus.

Rajah 1















- Satu garis XY dilukis.
- Dari mana-mana titik (P), satu lengkuk dibina yang memotong garisan XY di R dan S.
- Dari R, sebarang lengkuk dibina diatas dan dibawah XY.
- Dari S juga, sebarang lengkuk dibina yang sama memotong lengkuk dari R.
- Akhirnya bina satu garisan dari titik P merentasi kedua-dua titik persilangan lengkuk(titik Q) seperti Rajah 1.


2. Membina Garisan Selari

Rajah 2












- Satu garis AB dilukis.
- Dari sebarang dua titik pada garisan AB, dua lengkuk dengan jejari yang sama dilukis.
- Selepas itu satu garis SR yang bersentuhan dengan kedua-dua lengkuk dilukis.
- Akhirnya AB dan SR adalah dua garisan selari seperti dalam Rajah 2.

3. Membahagi Dua Sama Garisan Lurus


Rajah 3



















- Satu garis AB dilukis.
- Dari hujung A, sebarang lengkuk dibina diatas dan dibawah garisan AB.
- Dari hujung B juga satu lengkuk dibina yang memotong lengkuk A.
- Akhirnya, garis yang memotong AB dari titik persilanagan kedua-dua lengkuk dibina seperti dalam Rajah 3.

Sumber : docstoc.com

No comments:

Post a Comment

CLICK HERE