SISTEM ENJIN 4 LEJANG

1.PENGENALAN
 • Prinsip operasi enjin empat lejang adalah kejadian yang berlaku dalam enjin

  cucuhan bunga api (petrol) dan cucuhan mampatan (diesel)
• Dibahagikan kepada 4 bahagian penting

• Setiap bahagian melibatkan lejang omboh iaitu pergerakan omboh

  di dalam silinder dari bahagian atas (TDC)ke bahagian bawah (BDC) atau dari bahagian
  bawah ke bahagian atas.
• Pergerakan berlaku untuk melengkapkan satu pusingan (kitaran) dalam

  silinder enjin memerlukan empat lejang omboh.
• Semasa omboh bergerak dari TDC ke BDC, gerakan itu disebut lejang 

  pengambilan ( intake stroke),
• Ketika omboh bergerak dari BDC ke TDC gerakan itu disebut lejang

   mampatan (compression stroke)
• Apabila omboh bergerak ke bawah semula,gerakan itu disebut lejang 

  kuasa (power stroke)
• Apabila pergerakan omboh dari bawah ke atas semula, itu disebut lejang 

  ekzos(exhaust stroke)
• Sistem edaran Empat lejang telah dilakukan oleh omboh ini melibatkan 
  2 putaran(pusinganaci engkol( crank sharf) dan satu pusingan aci sesondol (cam sharf).
• Empat lejang yang telah dilakukan oleh omboh untuk berpusing dalam satu putaran 
  lengkap disebut enjin kitaran empat lejang atau biasanya disingkatkan menjadi
  enjin empat lejang.
• Kitaran bermaksud satu siri putaran yang berlaku secara berulang-ulang yang terjadi
  di dalam enjin
• Lejang pengambilan, lejang mampatan, lejang kuasa dan lejang exzos berlaku secara 
  berturut-turut di dalam enjin kitaran empat lejang.


2. LEJANG PENGAMBILAN(lejang masukan)
 - Injap masukan terbuka. Omboh bergerak ke bawah dan menyedut 
   campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel) ke dalam kebuk
   pembakaran.
 - Omboh bergerak dari takat titik atas ke titik bawah. Isipadu silinder bertambah
   menyebabkan pengurangan tekanan dan membentuk separa Vakum di dalam silinder
Injap masukan terbuka dan injap ekzos tertutup
- Campuran udara dan bahan api memasuki silinder melakui liang masukan
- Aci engkol telah berpusing separuh pusingan
Kedudukan Asal
Lejang Masukan
3. LEJANG MAMPATAN
-Kesemua injap masukan dan ekzos tertutup. Omboh bergerak ke atas dan memampatkan campuran udara-bahan api (udara sahaja bagi kes enjin diesel).
-Pada penghujung lejang mampatan, palam pencucuh dinyalakan bagi membakar 
 campuran udara-bahan api tetapi dalam enjin Diesel, minyak diesel disuntik ke dalam
 silinder pada penghujung lejang mampatan.
Omboh bergerak semula dari titik takat bawah ke titik takat atas
Injap masukan dan injap ekzos tertutup dan ruang silinder terkedap
Campuran udara dan bahan api dimampatkan dan menghasilkan tekanan dan suhu 
  yang tinggi di dalam silinder
-Aci engkol telah berpusing satu pusingan
Lejang Mampatan
4LEJANG KUASA
- Campuran udara-bahan api terbakar disebabkan pembakaran oleh bunga api palam pencucuh (bagi enjin petrol) atau suhu tinggi akibat mampatan udara sehingga minyak diesel terbakar sendiri (bagi enjin diesel).
- Pembakaran campuran tersebut menyebabkan gas-gas terbakar di dalam kebuk pembakaran mengembang dan seterusnya menolak omboh ke bawah, menghasilkan kuasa kepada enjin.
- Omboh masih berada di titik takat atas, satu percikan bunga api dihasilkan oleh palam pencucuh
- Percikan bunga apu menghasilkan pembakaran
- Campuran yang terbakar ini mkengeluarkan haba dan tekanan yang tinggi
- Situasi ini menyebabkan omboh tertolak dari titik takat atas ke titik takat bawah
- Ketika ini kedua-dua injap tertutup dan aci telah berpusing satu setengah pusingan
Pembakaran Bahan Api
Lejang Kuasa
5. LEJANG EKZOS
- Injap ekzos terbuka. Omboh bergerak ke atas dan menyingkirkan gas-gas ekzos keluar dari kebuk pembakaran.
- Hasil pembakaran akan tertolak keluar sari silinder melalui liang ekzos
- Aci engkol telah berpusing sebanyak dua pusingan untuk melengkapkan kitaran 4- lejang
Lejang Ekzos


6. VIDEO PERGERAKAN ENJIN 4 LEJANG



Sumber : youtube.com dan wikipedia.org

1 comment:

CLICK HERE