KESELAMATAN DI BENGKEL


Etika dan Peraturan

1.     STRUKTUR ORGANISASI BENGKEL
 
2.     LANGKAH KESELAMATAN
      i.        4M
-         Membersih
-         Menyusun atur
-         Menilai
-         Mendisiplin
    ii.        Peraturan
a.     Keselamatan Alatan

-         Menyimpan semua bahan yang tidak digunakan dalam stor selepas habis kerja
-         Menyimpan semua alatan di tempat asalnya
-         Menyimpan barang/bahan mudah terbakar di tempat yang selamat
-         Menggunakan alatan dengan betul
-         Memastikan alatan tangan dan mesin dalam keadaan baik

b.     Keselamatan Bengkel

-         Tidak bermain di dalam bengkel
-         Tidak menumpahkan minyak di atas lantai
-         Memastikan bengkel dibekalkan dengan alat pemadan api
-         Memastikan bengkel cerah dan mempunyai pengudaraan yang baik
-         Memastikan bengkel dibekalkan peti pertolongan cemas

c.     Keselamatan Diri

-         Rambut pendek dan kemas
-         Baju lengan panjang hendaklah dilipat, tali leher ditanggalkan/ dimasukkan ke dalam apron
-         Menggunakan gogal untuk kerja tertentu
-         Memakai kasut di bengkel
-         Mengikut arahan guru semasa menggunakan mesin
-         Menutup suis setiap kali membuat penyesuaian
-         Mendapatkan kebenaran guru sebelum menggunakan mesin
-         Melaporkan sebarang kemalangan kepada guru


3.     ALAT PEMADAM API

-         Air (A) untuk kayu, sampah, kain, plastik
-         Buih (B) untuk cat, minyak, petrol, thinner, lekar, gas
-         Karbon dioksida (BC) untuk alatan elektrik, minyak, cat, petrol, lekar, gas
-         Debu kering (ABC) untuk semua jenis bahan
4.     ETIKA DAN BUDAYA KERJA
-         Etika - disiplin terhadap kerja
-         Budaya kerja - cara peradaban yang menjadi amalan dalam organisasi



    No comments:

    Post a Comment

    CLICK HERE